Latihan

1)     Berikan  pengertian  akhlak menurut bahasa dan istilah?
        Menurut bahasa:
       Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaku) iaitu kata jamadaripada perkataan   
     (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, adat kebiasaan, malah ia juga  bereti     
       agama itu sendiri.
         Menurut istilah:
       Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat 
     mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan 
       paksaan.

2)    Nyatakan dua pembahagian akhlak menurut Islam ?
        Islam telah membahagikan akhlak kepada dua iaitu akhlak yang mulia atau akhlak terpuji (al-Akhlak
        Mahmudah) dan akhlak yang buruk atau akhlak tercela (al-Akhlak Mazmumah).


3)    Berikan lima  faktor-faktor pembentukan akhlak yang mulia ?
        i.    Agama. 
        ii.   Diri sendiri.
        iii.  Keluarga.
        iv.  Pendidikan
        v.   Persekitaran

No comments:

Post a Comment