Monday, 20 May 2013

Puisi

Jika anak itu...
Jika anak itu hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak itu hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan.
Jika anak itu hidup dalam ketakutan, dia belajar menjadi pengecut.
Jika anak itu hidup dalam iri hati, dia belajar berasa bersalah.
Jika anak itu hidup dalam kesabaran, dia belajar menjadi penyabar.
Jika anak itu hidup dalam galakan, dia belajar menjadi yakin.
Jika anak itu hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
Jika anak itu hidup dalam penerimaan, dia belajar menyayangi.
Jika anak itu hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi dirinya.
Jika anak itu hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar ada baiknya mempunyai matlamat.
Jika anak itu hidup dalam kejujuran, dia belajar erti kebenaran.
Jika anak itu hidup dalam keadilan, dia belajar berlaku adil.
Jika anak itu hidup dalam keselamatan,
dia belajar untuk yakin pada dirinya dan pada orang lain.
Jika anak itu hidup dalam kemesraan,
dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang paling sesuai untuk hidup.
Dalam suasana apakah anda dan anak anda hidup?

4 comments:

  1. Assalamulaikum :

    Sudah lama rasanya saya tida menulis puisi.. kalau dipersetujui.. mahu rasanya nak memberi cadangan kepada pihak Pentadbiran Blog ini.. supaya menzahirkan puisi-puisi keIslaman di ruangan ini..

    ReplyDelete
  2. Langit itu dipandang dan ditatapnya

    dia berfikir dan terus berfikir

    merenung hakikat kehidupan

    kehidupan dunia.. kehidupan akhirat

    baris-baris ungkapan itu berlegar-legar di mindanya

    apakah yang harus dia lakukan?

    demi mencapai misi sebagai seorang hamba

    demi menggapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat

    seorang hamba itu sentiasa mengemis kasih

    seorang hamba itu sentiasa mendambakan “cinta” sang Pencipta

    dia terlalu lemah…lemah segala-galanya

    tatkala jatuh.. dia tersungkur.. dia rebah

    dia cuba bangkit semula

    luka yang dialami bukan sedikit

    duri-duri jalanan itu menikam dirinya

    duri-duri jalanan itu menikam hatinya

    namun..

    dia sedar perjalanannya masih lagi jauh

    amanah yang dipikul itu masih digenggamannya

    amanah itu masih setia di sisi, tidak berganjak walau sedikit

    dia tidak mahu berundur.. dia melangkah dan terus melangkah

    kerana dia tahu.. Allah S.W.T sentiasa di sisinya

    “La Takhauf Wa la Tahzan Innallaaha ma’ana”

    ReplyDelete
  3. Insyaallah, selepas ini saya akan usahakan untuk menghasilkan koleksi-koleksi puisi keislaman dan semoga ruangan ini akan menyubur dan mencambahkan idea-idea bagi menegakkan syiar islam. terima kasih dengan komentar tuan dan puisi yang sangat bermakna ini.

    ReplyDelete
  4. :: Cahaya Cinta ILLAHI ::

    Cinta itu cahaya sanubari
    Kurniaan ILLAHI memenuhi fitrah insani
    Bercambah tautan cinta
    Disitulah naluri rindu bermula
    Sang pujangga mencipta kata
    Cinta itu tak pernah meminta
    Tetapi memberi sepenuh rela
    Rasa bahagia menyulam jiwa
    Bakal perjalanan sang musafir
    Mencari cinta ILLAHI dari sulaman cinta hambanya..

    ReplyDelete